Thursday, August 26, 2010

BILA NAK ABIS CITER MACAM NI...SELAGI HUKUM ALLAH TAK DILAKSANAKAN....

Pekerja sambilan restoran dituduh rogol, liwat kanak-kanak



HARIS Iskandar Abdullah dihadapkan ke mahkamah atas tiga tuduhan merogol, menculik dan meliwat seorang kanak-kanak di Mahkamah Sesyen, Ipoh, Perak, semalam. – UTUSAN/MOHD. NAJIB MOHD. NOR



IPOH 25 Ogos – Seorang pekerja sambilan di sebuah restoran makanan segera mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tuduhan merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun, tiga minggu lalu.
Haris Iskandar Abdullah (gambar), 38, dari Tambun di sini turut membuat pengakuan yang sama atas satu lagi tuduhan iaitu menculik kanak-kanak tersebut ketika dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini.
Di Mahkamah Sesyen, lelaki itu didakwa merogol mangsa di tepi pagar Wisma OAB, Jalan Gopeng di Kampar antara pukul 8.15 malam dan 10.30 malam, 4 Ogos lalu.
Jika sabit kesalahan, tertuduh boleh dihukum mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan iaitu penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat.
Bagi pertuduhan kedua, dia didakwa meliwat budak perempuan itu di sebuah kawasan semak samun di Gopeng dekat sini pada waktu dan tarikh yang sama.
Pertuduhan itu dibuat mengikut Seksyen 377(C) Kanun Keseksaan dan boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan hukuman sebat jika sabit kesalahan.
Timbalan Pendakwa Raya, Mohd. Farid Mohd. Mokhtar memohon supaya perbicaraan bagi kedua-dua pertuduhan itu dijalankan serentak dengan pertuduhan culik yang terlebih dahulu disebut di Mahkamah Majistret kerana ia melibatkan mangsa dan saksi yang sama.
Mohd. Farid turut memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin kerana berpendapat mangsa mengalami trauma yang begitu teruk berikutan faktor usianya yang masih muda.
Hakim Tan Hooi Leng kemudian meminta tertuduh untuk mengatakan sesuatu berkenaan jaminan tersebut selepas mendapati tertuduh hanya mendiamkan diri.
Selepas diberi penjelasan oleh jurubahasa, tertuduh memberitahu dalam bahasa Tamil bahawa dia akan mendapatkan khidmat peguam.
Pihak pendakwa turut memohon satu tarikh bagi sebutan semula sementara menunggu laporan kimia dan perubatan kes berkenaan.
Hooi Leng kemudian menetapkan 18 Oktober ini sebagai tarikh sebutan semula kes dan membenarkan kes culik dibicarakan bersama dua kes tersebut.



Dituduh culik, rogol, liwat
Oleh Mohd Feroz Abu Bakar

2010/08/26

Bekas banduan tak mengaku bersalah kes babit budak 11 tahun

IPOH: Bekas banduan yang baru dibebaskan beberapa bulan lalu, Haris Iskandar Abdullah, 38, semalam didakwa di Mahkamah Majistret dan Sesyen di sini, terhadap tiga tuduhan menculik, merogol dan meliwat seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun di Taman Meru, dekat sini, pada 4 Ogos lalu.

Haris, mualaf yang memeluk Islam ketika menjalani hukuman di penjara atas kesalahan membunuh mengaku tidak bersalah terhadap semua pertuduhan berkenaan.

Dia yang berbaju kemeja-T kelabu lokap dan berseluar oren pada mulanya tenang ketika pertuduhan dibacakan namun kelihatan mengesat air mata apabila hakim Mahkamah Sesyen tidak membenarkan dia diikat jamin sehingga kesnya disebut semula

Di Mahkamah Majistret, Haris didakwa mengikut Seksyen 363 Kanun Keseksaan kerana menculik kanak-kanak perempuan itu di Persiaran Jati 6, Taman Meru, dekat sini pada jam 8.50 malam, pada hari berkenaan.

Bagi kesalahan itu dia boleh dipenjara sehingga tujuh tahun dan didenda jika sabit kesalahan.

Di Mahkamah Sesyen pula, Haris didakwa mengikut Seksyen 376 kanun sama atas kesalahan merogol kanak-kanak sama di tepi bangunan Wisma OAB, Jalan Gopeng, Kota Bharu, dekat Gopeng antara jam 8.15 malam hingga 10.30 malam, hari sama.

Dia juga dituduh mengikut Seksyen 377C kanun sama kerana melakukan persetubuhan di luar tabii ke atas mangsa tanpa kerelaan di dalam semak-samun di Gopeng pada jam dan tarikh yang sama.
Jika sabit kesalahan, Haris boleh dipenjara antara lima hingga 20 tahun dan disebat bagi setiap pertuduhan dihadapinya di mahkamah berkenaan.

Pendakwaan di Mahkamah Sesyen dilakukan Timbalan Pegawai Pendakwaraya, Mohd Farid Mohd Mokhtar di hadapan Hakim, Tan Hooi Leng manakala pendakwaan di Mahkamah Majistret dibuat Timbalan Pegawai Pendakwaraya, Mark Netto di hadapan Majistret Fauziah Hani Ahmad Fuzi.

Hooi Leng tidak membenarkan tertuduh diikat jamin hingga tarikh sebutan semula kesnya pada 18 Oktober ini dan meminta tertuduh melantik peguam.

Terdahulu, Mohd Farid memohon mahkamah tidak membenarkan tertuduh diikat jamin bagi memastikan mangsa tidak mengalami trauma lebih teruk

No comments:

Post a Comment